Minyak BON

Minggu lepas ketika membelak Harian Metro terjumpa satu iklan minyak rambut, minyak BON.
Melihat minyak rambut itu, terus teringat kepada zaman kanak-kanak aku sebelum meningkat ke alam dewasa.
Sesungguhnya minyak BON ini besar pengaruhnya ketika itu. Pada asalnya minyak ini digunakan untuk mengelakkan rambut gugur dan melebatkan rambut.
Sebaliknya kami kanak2 pra-remaja pada ketika itu, gunakan minyak ini untuk disapu pada dada supaya dengan harapan apabila dewasa nanti akan tumbuh bulu pada dada kami.
Kami juga sapu pada pipi supaya suatu masa nanti akan keluar bulu akan menyebabkan kami berjambang. Kami pada ketika itu, mempunyai bulu dada dan jambang adalah lambang ke "macho'" an seorang lelaki.
Pengaruh filem-filem melayu dahulu agaknya di mana pelakon lelaki gemar mendedahkan bulu dada mereka dan antara yang aku masih ingat ialah Raffi Hussin(Sekarang Allahyarham).
Filem hindustan juga menyumbang kepada faktor ini kerana hero hindustan kebanyakkan ada bulu dada terutama Amitabh Bachchan, pelakon filem hindi tersohor ketika itu.
Selain menggunakan minyak BON, darah kelawar juga digunakan untuk sapu ke bahagian dada supaya ada bulu kat situ.
Pada ketika itu(anggapan), dengan memiliki dada berbulu dan muka berjambang, awek akan mudah terpikat.
Pada masa tu manalah kami faham fasal sains kerana bulu-bulu yang ada di bahagian tubuh itu merupakan warisan genetik. Kalau ibu bapa jenis berbulu, anak-anak akan warisi dan begitu juga sebaliknya.
Sampai sekarang kesan minyak BON tidak kelihatan pada aku. Yang tumbuh hanya bulu roma pada bahagian dada, nasib baiklah "part" tertentu bulunya ada......
Semua ini mendewasakan kita sebagai manusia. Kalau diingatkan kembali, tersenyum sendiri...


11 comments:
btul to..
soronok jer teringat alik cite2 bab minyak rambut bon
tp skunk minyak to nak cari kat ner ek??
btol 2' nk cari kt mne? klu ad sap2 jual 50 ingget pon sy angkat' tlg pos kan je'
sape2 nak minyak bon sms lah.. 0165029129..
u nk myk bon ke??y ek???pas2 siap sgup byr smpi rm50 lak tu...musykil...
aku ade jual minyak bon tu
RM30 aje
sms 016 2826268
bole x tumbuh janggut dgn minyak bon ni?
mak aih mahal gile....da jd barang rare agak2 ler mark up...tempat aku baru jer rm6.80...
lol,dk rmah aq minyak bon harga rm7.50 ja.....murah... o.o
bole pm no korng x?mne yg bole dpt murh minyk bon? kt cni ssh nk cri laa.. call o sms me 0176979344
aku pon tngh mencari minyak bon gak ni.....kalau ada bg lah tau...email ke/... shahrizadlatif@gmail.com
minyak bon RM30 termasuk pos call or msg me 012 660 5200
Post a Comment